1/12/2011

sesi persekolahan bermula 2011

Assalamualaikum semua...

apa khabar adik-adik sekalian .. macam mana dengan sesi persekolahan yang baru bermula 3 Januari dulu? mesti best dan excited masing-masing kan.. terutama pelajar darjah satu dan tingkatan satu.. kerana mereka semua memasuki sekolah baru dan sekarang mesti dalam proses lagi bagi menyesuaikan diri si sekolah baru kan.. cikgu anna harap kamu semua dapat menyesuaikan diri dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri.. yang penting belajar rajin2 yer adik-adik.. tak lupa juga kepada semua pelajar tingkatan empat yang baru memasuki alam 'SPM' ini.. wah kamu semua sudah berada dalam zon peperiksaan awam antara yang tertinggi di Malaysia.. jangan takut yer adik-adik, apa yang penting sentiasa persiapkan diri dari segi fizikal dan mental untuk berjuang dalam pelajaran.. mesti adik-adik sudah menentukan pilihan masing-masing untuk melanjutkan lagi pelajaran di tingkatan 4 ini.. 


dan semestinya tahniah diucapkan kepada adik-adik yang berani dan yakin untuk memilih aliran sains tulen.. cikgu mesti rasa kamu semua excited nak tahu apa dia Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Moden dan Matematik Tambahan kan.. antaranya adalah subjek Kimia.. apa itu KIMIA? yang bahan beracun tu ke cikgu? semua bahan yg ada kimia bahaya tak cikgu? untuk pengetahuan adik-adik, semua bahan dalam dunia ada mengandungi unsur kimia.. kalau nak tahu lebih lanjut, adik-adik mestilah sentiasa bersama cikgu anna.. okay yer.. selamat belajar.. :)




semoga berjaya dan bahagia selalu di tahun 2011 ini.. 



Salam Muhibbah semua...

Assalamualaikum dan salam satu malaysia kepada semua yang sudi melewati blog 'mari belajar kimia' ini. Diharap anda semua akan terus menjadi pengikut setia blog ini. Blog ini masih lagi di dalam pembinaan dan InsyaAllah tidak lama lagi ia akan beroperasi sepenuhnya.. Teruskan kesetiaan anda di sini.. Banyak maklumat berkaitan kimia ada di sini dan semestinya segala persoalan kimia anda dapat dirungkai.. Sedikit tentang diri empunya blog, nama diberi adalah Nor Hasana Binti Mohd Nasir.. masih lagi menuntut di tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam jurusan Ijazah SarjanaMuda Pendidikan Sains (Kimia).. bulan dua tahun ini akan menjalani praktikal di SMK Seri Kampar, Perak.. beumur 23 tahun dan menetap di Kuantan, Pahang..